Saturday, 7 December 2013

Konvokesyen

Konvokesyen merupakan sesebuah majlis penyampaian ijazah, iaitu seseorang menerima atau dianugerahkan ijazah akademik dari sesebuah universiti atau kolej. Perkataan konvokesyen berasal dari perkataan bahasa inggeris iaitu “convocation”.  Antara aksi yang tidak ditinggalkan pada hari konvokensyen merupakan aksi melontar topi ke udara beramai-ramai sesama penerima ijazah.

                                                     sumber : google imej :D

Konvokesyen yang ada di Malaysia bukan sahaja untuk mengraduasikan para graduan ijazah, tetapi juga untuk penerima sijil, diploma, malahan budak tadika yang berumur 6 tahun juga mempunyai majlis graduasi mereke sendiri.
Selalunya penganugerahan sijil dan diploma hanya megenakan jubah konvokensyen tanpa memakai topi yang berbulu di kepala ‘mortar board’ kerana pemakaian topi hanya menandakan seseorang penerima ijzah sarjana muda da ke atas. Tetapi pada hari ini, kebanyakan kolej dan university tidak lagi meneruskan amalan ini dan semua graduan tidak kira pemegang sijil atau diploma juga boleh memakai topi graduasi. Perbezaan ketara antara penerima ijazah, diploma atau sijil tidak lagi boleh dilihat melalui mata kasar.
Para graduasi peringkat tadika pula memang dari dulu lagi mengenakan jubah dan topi. Adik-adik yang kecil molek memakai jubah dan topi tampak comel di hari graduasi mereka, sebelum melangkah ke alam sekolah rendah.
 


sumber : google imej :D


Hari konvokesyen merupakan hari yang ditungu-tunggu oleh setiap pelajar universiti atau kolej di mana hari tersebut merupakan hari keramat bagi mereka untuk menggenggam segulung ijazah, diploma atau sijil setelah berhempas-pulas belajar selama 3 hingga 4 tahun untuk dianugerahkan sijil kelayakan tersebut.
Betapa girangnya hati seorang anak, sepuluh kali ganda lagi gembiranya hati ibu dan bapa kerana mereka telah Berjaya membesarkan dan memberikan didikan yang sempurna pada anak mereka tanpa mengenal penat lelah mencari rezeki untuk menampung keluarga dan pembelajaran anak. Bagi ibu bapa yang mempunyai pendapatan rendah, ada yang sanggup berlapar hanya kerana ingin mengirimkan wang kepada anak mereka.

Bercakap tentang konvokesyen, tidak dapat dipisahkan dengan pesta atau ekspo yang diadakan sempena hari konvokesyen di tapak berdekatan dewan konvokesyen sesebuah university atau kolej. Pesta ini memeriahkan lagi majlis konvokesyen dengan adanya banyak gerai yang menjual makanan, minuman, bunga, patung konvokesyen, pakaian dan lain-lain lagi. Selalunya pesta konvokesyen akan dibuka sehingga hari konvokesyen yang terakhir bagi membolehkan para graduan dan ahli keluarga mereka dapat membeli cenderahati dan kenangan untuk mereka bergambar. Selalunya penjual di tapak pesta konvokensyen terdiri daripada pelajar universiti atau kolej tersebut dan ada juga peniaga luar yang turut serta pada hari tersebut.
 Majlis konvokensyen sebenarnya merupakan sebuah majlis yang penuh dengan adat istiadat orang melayu dan seperti adat berada di istana. Ini kerana banyak canselor universiti yang terkemuka merupakan Sultan sesebuah negeri itu. Oleh kerana terlalu ramai graduan yang akan menerima ijazah semasa konvokesyen, hanya para graduan kelas pertama sahaja yang akan menerima anugerah konvokesyen daripada canselor, yang selebihnya akan diberikan oleh wakil canselor. Setiap gerak langkah para graduan, waris mereka malah semua yang terlibat dan berada di dalam dewan konvokesyen perlu mengikuti kod etika pakaian rasmi yang telah ditetapkan oleh pihak universiti atau kolej bagi menyelaraskan kod pakaian tetamu yang hadir. Selalunya hanya ibu bapa graduan yang dibenarkan memasuki dewan untuk menayksikan anak-anak mereka dianugerahi segulung ijazah. Ini kerana saiz dewan yang agak terhad untuk memuatkan semua saudara-mara graduan yang turut serta memeriahkan lagi majlis konvokesyen saudara mereka.

Setiap majlis konvokesyen akan ade majlis raptai sehari sebelum hari konvokesyen sebenar bagi memastikan para siswazah tahu apa yang mereka harus lakukan dan tatatertib aturcara di dewan serta pentas konvokesyen nanti. Para siswazah akan diajar cara beralan yang betul dan memastikan mereka sentiasa berada dalam turutan nama yang betul untuk memastikan penyampain ijazah akan berjalan lancer oleh canselor tanpa membuang masa. Ini kerana setiap kali konvokesyen para siswazah adalah beribu-ribu dan akan melengahkan majlis jika para siswazah tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan sebaik berada di pentas. Semasa di pentas konvokesyen, para graduan tidak dibenarkan menyapa atau berbual-bual dengan sesiapa sahaja di pentas konvokesyen itu untuk memastikan majlis penyampaian ijazah berjalan lancer.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana ahli keluarga atau sahabat siswazah dapat mengambil gambar penerimaan ijazah dengan jarak dekat tanpa menggangu majlis. Kalau kita lihat setiap siswazah mesti ada gambar mereka di oentas konvokesyen yang sedang mengambil segulung ijazah dari canselor, walaupun pada masa tersebut mereka hanya menghadiri majlis konvokesyen tanpa keluarga dan kawan-terdekat. Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana kan? Untuk pengetahuan umum, gambar siswazah di pentas tidak perlu dan tidak dibenarkan sama sekali diambil oleh mana-mana ahli keluarga atau kawan terdekat kerana pihak university yang bertanggungjawab untuk mengupah jurufoto bagi mengambil gambar penerimaan ijazah bagi setip graduan. Seorang pun tidak akan tercicir. Para graduan hanya perlu mengisi borang yg sudah mempunyai nombor siri di kerusi masing-masing dan pihak jurufoto akan dapat mengenalpasti gambar siapa bagi setiap keping gambar yang mereka ambil. Selepas itu para graduan perlu memindahkan sejumlah wang ke akaun jurufoto bagi tujuan penebusan gambar mereka. Maka terjawablah bagaimana para siswazah dapat merakam saat indah di pentas konvokesyen tanpa perlu mengganggu majlis tersebut. J 

Konvokesyen merupakan sebuah majlis dan saat-saat yang ditunggu oleh semua penuntut university dan kolej kerana setelah selesai majlis konvokesyen dan mendapat gelaran siswazah merupakan penamat kepada pelajar tersebut dari menghadirkan diri ke kuliah, mengusung buku-buku akademik dan bergelar seorang pelajar. Tetapi jika seseorang graduan ingin menyambung pelajaran mereka, gelaran seorang pelajar tidak berhenti setakat ini sahaja.

Majlis konvokesyen juga merupakan acara kemuncak yang diadakan bagi setiap university dan penghargaan bagi mereka yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Pada hari tersebut pelajar yang cemerlang dan banyak berjasa kepada universiti akan dianugerahi pengahargaan khas di atas pencapaian dan jasa mereka kepada universiti. Yang paling seronok adalah pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama kerana mereka dikecualikan daripada membayar semula pinjaman PTPTN ( Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) di atas kecemerlangan mereka. Jadi, kepada adik-adik yang bakal menyambung pengajian di peringkat tinggi haruslah sedaya upaya untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat ijazah kelas pertama nanti. Tetapi penglibatan dalam bidang kokurikulum juga harus ditekankan dan bukan sahaja bidang akademik yang harus di utamakan kerana terlalu ramai graduan di luar sana dan para graduan harus bersaing dan menjadi yang terbaik untuk merebut jawatan yang bagus di alam pekerjaan kelak.

Majlis konvokesyen ditunggu oleh semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan tulisan di blog ini dapat memberi sedikit inspirasi bagi adik-adik yang bakal menjadi graduan kelak. Semoga majlis konvokesyen akan terus kekal menjadi majlis keramat bagi semua pelajar IPT J


1023 patah perkataan