Saturday, 7 December 2013

Konvokesyen

Konvokesyen merupakan sesebuah majlis penyampaian ijazah, iaitu seseorang menerima atau dianugerahkan ijazah akademik dari sesebuah universiti atau kolej. Perkataan konvokesyen berasal dari perkataan bahasa inggeris iaitu “convocation”.  Antara aksi yang tidak ditinggalkan pada hari konvokensyen merupakan aksi melontar topi ke udara beramai-ramai sesama penerima ijazah.

                                                     sumber : google imej :D

Konvokesyen yang ada di Malaysia bukan sahaja untuk mengraduasikan para graduan ijazah, tetapi juga untuk penerima sijil, diploma, malahan budak tadika yang berumur 6 tahun juga mempunyai majlis graduasi mereke sendiri.
Selalunya penganugerahan sijil dan diploma hanya megenakan jubah konvokensyen tanpa memakai topi yang berbulu di kepala ‘mortar board’ kerana pemakaian topi hanya menandakan seseorang penerima ijzah sarjana muda da ke atas. Tetapi pada hari ini, kebanyakan kolej dan university tidak lagi meneruskan amalan ini dan semua graduan tidak kira pemegang sijil atau diploma juga boleh memakai topi graduasi. Perbezaan ketara antara penerima ijazah, diploma atau sijil tidak lagi boleh dilihat melalui mata kasar.
Para graduasi peringkat tadika pula memang dari dulu lagi mengenakan jubah dan topi. Adik-adik yang kecil molek memakai jubah dan topi tampak comel di hari graduasi mereka, sebelum melangkah ke alam sekolah rendah.
 


sumber : google imej :D


Hari konvokesyen merupakan hari yang ditungu-tunggu oleh setiap pelajar universiti atau kolej di mana hari tersebut merupakan hari keramat bagi mereka untuk menggenggam segulung ijazah, diploma atau sijil setelah berhempas-pulas belajar selama 3 hingga 4 tahun untuk dianugerahkan sijil kelayakan tersebut.
Betapa girangnya hati seorang anak, sepuluh kali ganda lagi gembiranya hati ibu dan bapa kerana mereka telah Berjaya membesarkan dan memberikan didikan yang sempurna pada anak mereka tanpa mengenal penat lelah mencari rezeki untuk menampung keluarga dan pembelajaran anak. Bagi ibu bapa yang mempunyai pendapatan rendah, ada yang sanggup berlapar hanya kerana ingin mengirimkan wang kepada anak mereka.

Bercakap tentang konvokesyen, tidak dapat dipisahkan dengan pesta atau ekspo yang diadakan sempena hari konvokesyen di tapak berdekatan dewan konvokesyen sesebuah university atau kolej. Pesta ini memeriahkan lagi majlis konvokesyen dengan adanya banyak gerai yang menjual makanan, minuman, bunga, patung konvokesyen, pakaian dan lain-lain lagi. Selalunya pesta konvokesyen akan dibuka sehingga hari konvokesyen yang terakhir bagi membolehkan para graduan dan ahli keluarga mereka dapat membeli cenderahati dan kenangan untuk mereka bergambar. Selalunya penjual di tapak pesta konvokensyen terdiri daripada pelajar universiti atau kolej tersebut dan ada juga peniaga luar yang turut serta pada hari tersebut.
 Majlis konvokensyen sebenarnya merupakan sebuah majlis yang penuh dengan adat istiadat orang melayu dan seperti adat berada di istana. Ini kerana banyak canselor universiti yang terkemuka merupakan Sultan sesebuah negeri itu. Oleh kerana terlalu ramai graduan yang akan menerima ijazah semasa konvokesyen, hanya para graduan kelas pertama sahaja yang akan menerima anugerah konvokesyen daripada canselor, yang selebihnya akan diberikan oleh wakil canselor. Setiap gerak langkah para graduan, waris mereka malah semua yang terlibat dan berada di dalam dewan konvokesyen perlu mengikuti kod etika pakaian rasmi yang telah ditetapkan oleh pihak universiti atau kolej bagi menyelaraskan kod pakaian tetamu yang hadir. Selalunya hanya ibu bapa graduan yang dibenarkan memasuki dewan untuk menayksikan anak-anak mereka dianugerahi segulung ijazah. Ini kerana saiz dewan yang agak terhad untuk memuatkan semua saudara-mara graduan yang turut serta memeriahkan lagi majlis konvokesyen saudara mereka.

Setiap majlis konvokesyen akan ade majlis raptai sehari sebelum hari konvokesyen sebenar bagi memastikan para siswazah tahu apa yang mereka harus lakukan dan tatatertib aturcara di dewan serta pentas konvokesyen nanti. Para siswazah akan diajar cara beralan yang betul dan memastikan mereka sentiasa berada dalam turutan nama yang betul untuk memastikan penyampain ijazah akan berjalan lancer oleh canselor tanpa membuang masa. Ini kerana setiap kali konvokesyen para siswazah adalah beribu-ribu dan akan melengahkan majlis jika para siswazah tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan sebaik berada di pentas. Semasa di pentas konvokesyen, para graduan tidak dibenarkan menyapa atau berbual-bual dengan sesiapa sahaja di pentas konvokesyen itu untuk memastikan majlis penyampaian ijazah berjalan lancer.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana ahli keluarga atau sahabat siswazah dapat mengambil gambar penerimaan ijazah dengan jarak dekat tanpa menggangu majlis. Kalau kita lihat setiap siswazah mesti ada gambar mereka di oentas konvokesyen yang sedang mengambil segulung ijazah dari canselor, walaupun pada masa tersebut mereka hanya menghadiri majlis konvokesyen tanpa keluarga dan kawan-terdekat. Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana kan? Untuk pengetahuan umum, gambar siswazah di pentas tidak perlu dan tidak dibenarkan sama sekali diambil oleh mana-mana ahli keluarga atau kawan terdekat kerana pihak university yang bertanggungjawab untuk mengupah jurufoto bagi mengambil gambar penerimaan ijazah bagi setip graduan. Seorang pun tidak akan tercicir. Para graduan hanya perlu mengisi borang yg sudah mempunyai nombor siri di kerusi masing-masing dan pihak jurufoto akan dapat mengenalpasti gambar siapa bagi setiap keping gambar yang mereka ambil. Selepas itu para graduan perlu memindahkan sejumlah wang ke akaun jurufoto bagi tujuan penebusan gambar mereka. Maka terjawablah bagaimana para siswazah dapat merakam saat indah di pentas konvokesyen tanpa perlu mengganggu majlis tersebut. J 

Konvokesyen merupakan sebuah majlis dan saat-saat yang ditunggu oleh semua penuntut university dan kolej kerana setelah selesai majlis konvokesyen dan mendapat gelaran siswazah merupakan penamat kepada pelajar tersebut dari menghadirkan diri ke kuliah, mengusung buku-buku akademik dan bergelar seorang pelajar. Tetapi jika seseorang graduan ingin menyambung pelajaran mereka, gelaran seorang pelajar tidak berhenti setakat ini sahaja.

Majlis konvokesyen juga merupakan acara kemuncak yang diadakan bagi setiap university dan penghargaan bagi mereka yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Pada hari tersebut pelajar yang cemerlang dan banyak berjasa kepada universiti akan dianugerahi pengahargaan khas di atas pencapaian dan jasa mereka kepada universiti. Yang paling seronok adalah pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama kerana mereka dikecualikan daripada membayar semula pinjaman PTPTN ( Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) di atas kecemerlangan mereka. Jadi, kepada adik-adik yang bakal menyambung pengajian di peringkat tinggi haruslah sedaya upaya untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat ijazah kelas pertama nanti. Tetapi penglibatan dalam bidang kokurikulum juga harus ditekankan dan bukan sahaja bidang akademik yang harus di utamakan kerana terlalu ramai graduan di luar sana dan para graduan harus bersaing dan menjadi yang terbaik untuk merebut jawatan yang bagus di alam pekerjaan kelak.

Majlis konvokesyen ditunggu oleh semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan tulisan di blog ini dapat memberi sedikit inspirasi bagi adik-adik yang bakal menjadi graduan kelak. Semoga majlis konvokesyen akan terus kekal menjadi majlis keramat bagi semua pelajar IPT J


1023 patah perkataan


Tuesday, 12 November 2013

Cinta



Pengertian cinta mengikut Wikipedia bebas merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih saying,tarikan asas, kemesraan dan keserasian antara perseorangan,  perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap.   Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri. 
Beberapa bahasa, termasuk bahasa melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi.
Cinta jarak jauh pula merupakan situasi di mana sepasang kekasih(yang halal) iaitu seami isteri yang berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta.  Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya berasa gembira, sedih, rasa berkeyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya.

Cinta yang pertama ialah mencintai Allah S.W.T dan Rasul-Nya,lebih dari kita mencintai orang lain.Kedua adalah mencintai makhluk Allah S.W.T dan di sini bermulanya pecahan dalam cinta.  Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan, bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi agak sukar untuk melupakan cinta.  Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.
Kalau kita lihat bentuk hati sering menjadi lambang cinta.  Inilah yang dikatakan cinta lahir dari hati yang tulus.  Kita juga selalu mendengar madah yang menyebut ‘cinta bermula di mata dan turun ke hati’, yang membawa maksud tersirat iaitu hati yang tulus akan menentukan sama ada kita betul-betul mencintai sepenuh hati ataupun tidak.
Bentuk hati dengan cinta bagaikan sinonim dengan kehidupan manusia di seluruh duni dan di semua peringkat umur, sehinggakan bentuk hati disebut bentuk “LOVE” oleh bangsa penduduk Malaysia. Malahan dari kanak-kanak yang berumur seawall 3 tahun sudah dapat mengenal pasti bentuk hati itu merupakan bentuk “LOVE” dan menandakan tanda kasih sayang seseorang kepada seseorang.

Simbol hati selalunya digunakan oleh pasangan bercinta, tanda ikatan kasih saying, dan selalunya berwarna merah utk melambangkan cinta yang sedang hangat membara antara pasangan tersebut. Kita boleh melihat sangat banyak cenderahati di kedai yang memilih bentuk hati untuk merekabentuk produk mereka kerana rekabentuk ini sangat digemari oleh muda mudi sekarang dan mendapat sambutan.

Kehebatan daya tarikan cinta juga telah menjadi pegangan pada pencipta lirik-lirik lagu, terutamanya lagu balada yang kebanyakannya mencipta lirik berdasarkan cinta iaitu daripada pengalaman composer sendiri ataupun daripada cerita orang sekelilingnya. Pengaruh lagu cinta mempunyai sambutan yang sangat hebat daripada penggemar lagu kerana boleh dikatakan semua pendengar lebih menggemari lagu-lagu seperti ini daripada yang lain. Pendengar tidak mempedulikan jenis-jenis lagu, bagi mereka lirik adalah penting, kerana lirik tentang cinta kadang-kadang adalah sama dan berkebetulan dengan situasi sebenar pendengar. Itu yang membuatkan mereka amat menggemarinya. Di bawah adalah contoh lirik lagu tentang cinta dipopularkan oleh Aiman yang berjudul ‘cinta terakhir’.

Aiman-Cinta Terakhir

kau cinta pertamaku
kau cinta terakhirku
tiada apa yang bisa ku nafikan kasih kita
kau air dimataku
satu antara seribu
tiada antara di dunia
mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir
kau air dimataku
satu antara seribu
tiada antara di dunia
mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir

[ Cinta Terakhir lyrics found on http://lyrics.my ]
mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan tuhan
mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir
mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya...2x

mungkinkan terputus di tengah jalan
mungkinkan terlerai tanpa ikatan
usah ragu dengan takdir
mungkin kitakan berbeza haluan
berakhirnya cerita percintaan
segalanya ketentuan tuhan
segalanya ketentuan tuhan....


Memendam perasaan cinta tanpa meluahkan pada seseorang yang kita minati dan sayangi akan membuatkan seseorang sengsara, tetapi jika kita meluahkan perasaan cinta pada seseorang yang tidak menyintai kita dan tidak akan membalas cinta kita adalah lagi sengsara.  Kerana faktor inilah ramai anak muda yang terlepas peluang untuk mencintai orang yang mereka cintai dengan lebih mendalam.  Mereka khuatir apabila meluahkan perasaan cinta, si dia akan mula berasa tidak senang dengan kehadiran mereka dalam hidupnya.
  Perasaan yang terpendam kadang kala akan membuatkan hidup seseorang tidak tenteram dan menyebabkan mereka akan cemburu jika seseorang yang mereka cintai rapat dengan seseorang yang lain.  Tetapi ada juga antara mereka yang semakin lama akan semakin melupakan orang yang mereka cintai sedikit-demi sedikit dan hanya hanya redha dengan ketentuan Illahi tentang jodoh yang ditetapkan.  Sesetengah orang akan meluahkan perasaan mereka dan sesetengah orang akan berusaha meluahkan perasaan mereka sebolehnya untuk mendapatkan orang yang mereka benar-benar cintai.

Antara tips yang boleh dikongsi daripada pembacaan untuk menjadi pakar dalam cinta :

1. Banyakkan membaca
Anda perlu banyak membaca sebanyak mungkin buku, artikel atau ebook berkenaan perhubungan dan percintaan dan cuba dapatkan segala ilmu-ilmu yang perlu dan ingin anda tahu dalam bab bercinta ini.

2. Mendengar masalah
Daripada masalah orang sekeliling, anda dapat belajar masalah-masalah yang sering dihadapi oleh orang lain. Daripada situasi itu anda akan dapat memahami apa masalah yang berlaku dalam percintaan dan anda akan dapat menyelesaikan daripada ilmu yang anda perolehi daripada hasil pembacaan anda tadi.

3. Mempelajari daripada orang lain
Anda juga boleh ikuti seminar-seminar dalam membentuk perhubungan atau percintaan yang sering diadakan di sekeliling anda. Atau pun anda boleh belajar daripada pengalaman rakan-rakan anda dalam menyelesaikan masalah mereka dalam percintaan. Menyertai forum berkaitan cinta merupakan platform mudah untuk anda pelajari daripada orang lain.

4. Memahami pasangan anda
Memahami sikap dan perbezaan pasangan anda merupakan pelengkap hidup anda. Dengan memahami perbezaan sifat lelaki dan perempuan, anda akan lebih mudah untuk ‘tackle’ sebarang masalah dalam perhubungan. Bukan itu saja, mereka juga akan nampak anda seorang yang sangat memahami.

5. Pengalaman
Memang tidak dapat dinafikan lagi. Pengalaman merupakan guru yang terbaik untuk anda. Daripada pengalaman itulah yang akan membuatkan anda menjadi lebih matang dan bersedia untuk menjadi seorang Pakar Cinta.

Saya cuba kongsikan antara cirri-ciri cinta sejati yang selalunya aka nada pada pasangan yang dikatakan mempunyai jodoh yang kuat dengan kita. Tapi yang penting adalah kata hati kita yang akan mengesahkan yang ini adalah cinta sejati kita atau tidak.

Tanda-Tanda Cinta Sejati:


1. Orang yang mencintai kita tidak akan pernah memberi  alasan sebab apa dia mencintai kita, kerana di matanya kita adalah yang terbaik baginya.


2. Orang yang mencintai akan mengambil berat tentang apa sahaja aktiviti harian yang kita lakukan, walaupun sekadar rutin harian yang sama berulang kali.

3. Orang yang mencintai kita akan menghantar pesanan ringkas,email, atau apa sahaja bentuk pesanan hanya sekadar untuk mengucapkan selamat pagi,selamat tidur,sudah makan ke belum dan sebagainya, walaupun tahu anda tidak akan membalasnya.
5. orang yang mencintai kita akan mencuba sedaya upaya menjadi orang pertama yang mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada kamu.

6. Orang yang mencintai kita juga akan cuba belajar menyukai lagu-lagu kesukaan kita.


1107 patah perkataan






Wednesday, 2 October 2013

Minyak dan Isu kenaikan harga

Umum mengetahui bahawa petrol atau nama lainnya gasolin, merupakan campuran daripada cecair bahan api yang diperolehi daripada petroleum yang terdiri daripada bahan utamanya iaitu hidrokarbon alifatik dan ditambah dengan hidrokarbon aromatic seperti toluene, benzena atau iso-oktana untuk meningkatkan penarafan oktana, digunakan secara meluas sebagai bahan api bagi enjin pembakaran dalaman. Manakala formula lazim bagi petrol ialah C8H18.

Sebelum enjin pembakaran dalaman dicipta pada pertengahan abad ke-19, minyak petrol dijual di dalam botol kecil sebagai rawatan terhadap kutu dan telurnya. Pada masa tersebut, perkataan Petrol merupakan satu jenama atau cap dagangan sahaja.

Di A.S., petrol juga dijual sebagai cecair pembersih kesan minyak dan gris pada baju. Sebelum stesen minyak didirikan, pemandu kereta membeli minyak petrol di dalam tin untuk mengisi tangki minyak mereka.
Nama gasolin pada masa tersebut merujuk kepada satu lagi hasil petroleum iaitu petrolatum , yang diniagakan dengan nama vaseline. Cap dagangan Gasoline, walau bagaimanapun, tidak pernah didaftarkan, maka ia menjadi istilah umum. Petrol juga digunakan di dapur serta sebagai bahan api pelita dan dapur mudah alih.

Setelah panjang lebar kita berbicara tentang fakta petrol, tibalah masa kita merungkai isu berkenaan petrol yang sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia dan bukan sahaja di Malaysia ini, iaitu isu kenaikan harga minyak petrol dunia telah member kesan kepada rakyat Malaysia apabila kerajaan telah mengurangkan tanggungan subsidi kerajaan dengan meningkatkan harga minyak petrol sebanyak 20sen seliter dan dalam tempoh kurang dari sebulan dinaikkan lagi 10sen seliter pada September 2013.

Pengurangan subsidi kerajaan atau lebih sinonim kepada rakyat dengan kenaikan harga minyak ini dikatakan adalah kerana kerajaan ingin mengawal kes penyeludupan minyak ke negara asing. Oleh kerana kes penyeludupan yang meluas ke Thailand sekarang ini. Jadi wajarkah cara penyelesaian yang digunapakai oleh kerajaan ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Pendek kata kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh kerana segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membuat penyeludupan, seluruh rakyat Malaysia yang tidak bersalah terpaksa menanggung bersama, bagi mereka yang berpendapatan tinggi isu ini mungkin tidak berbangkit, tetapi pada rakyat yang pendapatan mereka pun hanya cukup-cukup untuk menyara kehidupan harian sahaja, perkara ini adalah sangat membebankan mereka untuk meneruskan kehidupan.

Apabila harga minyak naik, tidak lama kemudian kebanyakan barang rantaian keperluan harian pun akan terus naik dan menyebabkan perbelanjaan harian meningkat, sedangkan pendapatan masih lagi sama. Lebih menyayat hati bagi golongan yang berpendapatan rendah apabila mereka terpaksa menanggung peningkatan kos sara hidup yang tinggi sedangkan pendapatan mereka amatlah rendah. Sepatutnyakerajaan tidak wajar menaikkan harga petrol sewaktu rakyat sedang terhimpit dengan kenaikan harga barang selepas musim perayaan pada bulan Ogos yang lepas.  

Seorang pakar matematik mendedahkan tentang kesan kenaikan harga  minyak iaitu Hamid Prof Madya Yeop Zainuddin, Pakar Matematik Gunaan, mendedahkan satu fakta sama ada impaknya menguntungkan atau merugikan negara. Penyelarasan subsidi ke atas beberapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja member kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikakan cas atas alasan tersebut.

Kajian beliau melalui pendekatan matematik adalah untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat. Beliau dalam kajianya mengatakan harga pasaran petrol mentah dunia adalah sentiasa naik dan turun, tetapi harga petrol di negara kita sentiasa naik dan tidak pernah turun. Fakta ini telah membuktikan bahawa harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh harga minyak di pasaran dunia.

Beliau mengatakan lagi jika harga minyak dunia meningkat, maka keuntungan negara juga meningkat kerana Malaysia merupakan negara pengeluar minyak dan bukan seperti Singapura yang merupakan negara pembeli minyak sahaja. Sepatutnya harga dapat dikurangkan lagi, bukanlah dinaikkan sehingga membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Dalam pengiraan matematik daripada kajian ini,  beliau mendapati bahawa negara kita boleh mengurangkan harga minyak dengan menyerap terus keuntungan yang diperolehi daripada Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.

Penyerapan keuntungan ini membolehkan Petronas dapat menjual Petrol dengan harga yang lebih rendah daripada syarikat petrol asing. Secara langsung tindakan ini dapat meningkatkan pendapatan dan keuntungan Petronas dengan peningkatan hasil jualan mereka.

Oleh kerana peningkatan harga minyak yang tidak ada penghujungnya pelbagai alternatif diperlukan oleh pengguna untuk mengurangkan penggunaan bahan api dalam kegunaan harian. Contohnya bagi mereka yang membawa kereta masing-masing untuk ke tempat kerja boleh cuba untuk berkongsi pengguanaan kereta. Bagi mereka yang bekerja satu pejabat bolehla menumpangkan rakan-rakan sepejabat mereka dan berkongsi duit minyak. Dengan cara ini mereka bukan sa-haja dapat menjimatkan penggunaan bahan api, malah dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di waktu kemuncak seperti pagi dan petang semasa pulang dari tempat kerja.

Mereka yang berpendapatan sederhana juga boleh menggunakan kenderaan awam seperti LRT atau komuter untuk menjimatkan penggunaan minyak dalam kegunaan harian mereka. Kita tidak mampu untuk meminta untuk harga minyak diturunkan atau meminta majikan menaikkan gaji kita, tetapi setiap orang perlulah memikirkan jalan penyelesaian dan alternative yang ada untuk meneruskan kehidupan seharian.
Kenaikan harga minyak ternyata membebankan bukan sahaja dewasa yang menggunakan kenderaan bermotor, mereka yang tidak menggunakan bahan api ini secara tidak langsung juga turut terasa bahangnya kerana apabila harga minyak dinaikkan, secara automatik segala keperluan harian secara perasaan atau tidak mula dinaikkan secara perlahan-lahan oleh penjual kerana semuanya saling berangkai dan berkaitan antara satu sama lain. Contohnya penjual nasi lemak menaikkan harga nasi lemak kerana ikan bilis telah naik harga. Penjual ikan bilis pula menaikkan harga mereka kerana pembekal bilis mengatakan kos penghantaran telah meningkatan dan begitulah juga alasan yang digunakan oleh peniaga-peniaga lain yang digunakan untuk mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan daripada kenaikan harga minyak. Yang menjadi mangsa adalah penduduk yang berpendapatan sederhana dan rendah. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi mungkin tidak member impak kepada mereka kerana  pendapatan mereka adalah melebihi kadar penggunaan harian yang diperlukan.

Walau apapun, kita sebagai rakyat harus bersuara untuk mendapatkan hak yang sewajarnya dan jangan cepat melatah  dengan apa yang berlaku, tetapi perlu mencari jalan yang tidak menegangkan mana-mana pihak dan cuba untuk member pendapat pada salurang yang betul yang dapat membantu kita kelak dan perlu menguruskan sumber yang ada dengan berhemah supaya dapat berjimat cermat dengan cabaran kehidupan dan ekonomi keluarga yang semakin meningkat dengan peningkatan  harga minyak ini. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab tidak menaikkan harga minyak sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesengsaraan yang rakyat terpaksa tanggung untuk masa yang akan datang.

1014 patah perkataan